LABUAN, 22 Mei – Satu taklimat keselamatan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia W.P. Labuan kepada pegawai, kakitangan, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan di Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan telah diadakan pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama dan perkarangan Bangunan Pentadbiran.
Taklimat ini disampaikan oleh PPgB Faez Aminus bin Kamarudin dari Cawangan Program Kesedaran Awam, Bahagian Keselamatan Kebakaran, JBPM WP Labuan bersama 2 anggota yang mengendalikan sesi demonstrasi.
Objektif taklimat ini adalah memberi penerangan kepada semua pegawai dan kakitangan berkenaan cara pencegahan dan kawalan awal kebakaran dan cara-cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.
- JBS WP Labuan
- Hits: 114
