- JBS WP Labuan
- Hits: 56
LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
- JBS WP Labuan
- Hits: 56
26 September 2025, UNITEN Bangi - Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan menghantar seramai 30 orang atlet, jurulatih dan pengurus pasukan bagi menyertai Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat W.P. Labuan 2025 (LSK) yang dilaksana sepanjang 26-28 September 2025 bertempat di Sport Arena, UNITEN Bangi.
Sebanyak 3 jenis sukan akan di pertandingan yang disertai oleh Kontinjen W.P. Labuan. Ketiga-tiga pasukan yang mewakili W.P. Labuan merupakan Johan bagi Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri. Bagi sukan Bola Jaring diwakili oleh Pasukan The Corp, Ping Pong di wakil oleh Power Team, Pasukan Sepak Takraw di wakili oleh Pasukan Medan C. Mereka akan mula berentap seawal jam 10 pagi ini.
Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara telah hadir menyempurnakan Majlis Perasmian pagi ini.
Doakan kemenangan Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan
