𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝑺𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑴𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑰 𝑲𝑶𝑴𝑼𝑵𝑰𝑻𝑰 – 𝑴𝑨𝑹𝑰 𝑴𝑬𝑵𝑪𝑼𝑩𝑨 𝑺𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑴𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑰

Pancur Hitam, Labuan, 20 September 2025 – Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan dengan kerjasama Persatuan Kanu Labuan telah menganjurkan Program Sukan Mendaki Komuniti – Mari Mencuba Sukan Mendaki yang berlangsung di Pantai Pancur Hitam, Labuan. Program ini berjaya menarik penyertaan hampir 100 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Program yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih, En. Abdul Rahman bin Mustapha bersama kru dari Persatuan Kanu Labuan ini telah memperkenalkan pendekatan inovatif dengan menggunakan tembok batu semula jadi sebagai ganti kepada tembok tiruan. Pendekatan ini memberi pengalaman yang lebih mencabar dan berharga kepada peserta, di samping menambah kelainan dalam aktiviti mendaki.
Turut hadir ke program ini ialah Presiden Persatuan Kanu Labuan, En. Yunus bin Waidin dan Pegawai Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, En. Mohd Hilmie bin Unik, yang turut memberikan sokongan terhadap usaha memperkasa gaya hidup sihat melalui aktiviti rekreasi.
Penganjuran ini diharapkan dapat menyemarakkan minat belia dan masyarakat setempat terhadap sukan mendaki, selain memperkukuh semangat kesukanan dan menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti lasak yang bermanfaat.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search