- JBS WP Labuan
- Hits: 27
KONTINJEN WP LABUAN NAIB JUARA FUTSAL WANITA LIGA SUKAN ORANG KURANG UPAYA (LiSOKU) PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
- JBS WP Labuan
- Hits: 27
SEREMBAN, 20 September - Kontinjen WP Labuan berjaya merangkul gelaran naib juara kategori futsal wanita Liga Sukan Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan 2025 hari ini setelah tewas dalam aksi final menentang Kedah yang berkesudahan 2-0.
Majlis Perasmian Penutup dan upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Senator Isaiah D Jacob, Ahli Dewan Negara diiringi oleh YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Kejohanan yang berlangsung dari 19-20 September 2025 di Seremban, Negeri Sembilan telah menghimpunkan lebih 1,000 atlit, jurulatih, pengiring, pegawai dan sukarelawan.
Turut bersama kontinjen WP Labuan dalam kejohanan tersebut adalah Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan dan Cik Norafizahwati binti Banting, Pegawai Pembangunan Sukan OKU. Labuan Bisai, Kami Luar Biasa
