Sakura Street Ujana Kewangan,21 September 2025
Malaysia Aktif Family Fun Walk diadakan sempena Bulan Malaysia Cergas dan Karnival Kesihatan Labuan. Anjuran bersama Jabatan Kesihatan W.P. Labuan Dan Persatuan Sukan Kecergasan W.P. Labuan
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Ismuni bin Bohari telah hadir menyempurnakan pelepasan dan turut sama menyertai acara ini. Turut hadir, Dr. Francis Paul, Pengarah Jabatan Kesihatan W.P. Labuan dan Puan Tracy Tumay Binti Rigar , Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan
Program ini bertujuan untuk mempromosikan pembudayaan hidup sihat
- JBS WP Labuan
- Hits: 30
