- JBS WP Labuan
- Hits: 17
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐑𝐀𝐍𝐃 𝐏𝐑𝐈𝐗 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐄𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐄𝐅𝐎𝐎𝐓𝐁𝐀𝐋𝐋 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍
- JBS WP Labuan
- Hits: 17
LABUAN, 8 Mac 2026 – Program Grand Prix Pembangunan Esport e-Football Siri 1/2026 Wilayah Persekutuan Labuan telah berjaya dianjurkan oleh Kelab Sukan Elektronik Labuan (VEC) dengan penyertaan hampir 100 orang peserta. Program ini dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) yang disalurkan melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Hari pertama program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta diikuti dengan beberapa ceramah asas berkaitan esport seperti Kick-Off Esports, Game On Tactical Mastery dan Touch Your Skills. Pada sebelah petang, program diteruskan dengan Pertandingan Grand Prix eFootball Konsol yang dimulakan dengan peringkat kumpulan. Pertandingan ini diteruskan pada hari kedua sebelum memasuki peringkat akhir yang berlangsung pada sebelah petang.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Sukan yang mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur serta peserta yang menunjukkan komitmen tinggi dalam memajukan sukan elektronik di Labuan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSWPLabuan
#JBSWPL
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
