PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2026 SejaTi MADANI x BELIA


LABUAN, 28 Februari – Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2026 bersempena inisiatif SejaTi MADANI x BELIA telah berlangsung di Bilik Seminar, Dewan Serbaguna Kompleks Belia dan Sukan Labuan.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan turut hadir adalah Encik Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia, Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dan Cik Nazera binti Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan.
Program ini bertujuan membantu membangunkan sosioekonomi golongan belia melalui pengukuhan peranan dan fungsi pertubuhan belia. Selain itu, ia meningkatkan akses kepada maklumat yang tepat dan berfokus bagi memperkasa kepimpinan muda negara serta mempertingkat kualiti dan keberfungsian pertubuhan belia pasca transisi umur belia.
Program ini juga memberi penekanan kepada kesiapsiagaan pertubuhan belia dalam memanfaatkan sokongan kerajaan, khususnya melalui Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI), menerusi penyampaian maklumat yang jelas serta pengesahan penyertaan program secara rasmi.
Penganjuran program ini diharap dapat menjadi platform strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan belia demi pembangunan belia yang lebih progresif dan mampan di Wilayah Persekutuan Labuan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSWPLabuan
#JBSWPL
#BeliaKitani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search