27 Julai 2025, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan - Borneo Flora Fitness Challenge 2025
3,500 orang warga Labuan telah menyertai Borneo Flora Walk 5KM sempena pelaksanaan Borneo Flora Fitness Challenge 2025.
Menteri Jabatan Perdana Menteri (Menteri Wilayah Persekutuan) YB Datuk Seri Dr. Zaliha Binti Mustafa telah hadir menyempurnakan pelepasan dan turut sama menyertai acara ini. Turut hadir, Tuan Sukuran Bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan Puan Hajah Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan.
Program ini bertujuan untuk mengalakkan masyarakat bersukan dalam usaha meningkatkan kualiti kesihatan hidup rakyat malaysia dan juga sebagai sokongan kepada pelaksanaan Borneo Flora Festival @Labuan 2025 yang dianjurkan Jabatan Wilayah Persekutuan Dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
- JBS WP Labuan
- Hits: 27