- JBS WP Labuan
- Hits: 35
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN WP LABUAN BIL.1/2026
- JBS WP Labuan
- Hits: 35
LABUAN, 30 Januari 2026 – Pegawai dan kakitangan Jabatan serta para pekerja kontrak perkhidmatan di JBS WP Labuan telah menghadiri Perhimpunan Bulanan JBS WP Labuan Bil. 1 Tahun 2026.
Majlis tersebut dimulakan dengan sesi bacaan Yassin dan Tahlil. Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian amanat daripada Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan, penyampaian Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) bagi pegawai dan kakitangan JBS WP Labuan serta pekerja terbaik bagi kontrak perkhidmatan di JBS WP Labuan bagi suku tahun ketiga dan keempat 2025, penyampaian hadiah pemenang Biggest Loser Jabatan bagi setengah tahun kedua 2025 serta sambutan hari lahir pegawai dan kakitangan bagi bulan Ogos 2025 hingga Januari 2026.
Semua yang hadir turut melafazkan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 selain ditunjukkan demonstrasi penggunaan Automated External Defibrillator (AED).
Puan Pengarah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan pencapaian yang luar biasa bagi tahun 2025 serta menyeru agar semua membuat penambahbaikan pada masa hadapan selain kekalkan integriti dalam setiap tugasan dan amanah yang diberikan.
