- JBS WP Labuan
- Hits: 30
JBS WP LABUAN MENYERTAI KEJOHANAN LAWN BOWLS MIXED TRIPLES AGENSI KERAJAAN
- JBS WP Labuan
- Hits: 30
LABUAN, 8 Februari 2026 - JBS WP Labuan telah menghantar 3 pasukan bagi menyertai Kejohanan Lawn Bowls Mixed Triples Agensi Kerajaan sempena Karnival Hari Terbuka Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026 Peringkat WP Labuan yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu, bertempat di Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan.
Pasukan JBSWPL A dan JBSWPL B telah berjaya menempatkan diri dalam kedudukan Top 16 dan masing-masing membawa pulang wang tunai RM300.00 beserta medal.
Pasukan Perbadanan Labuan A telah menjuarai kejohanan tersebut dan memenangi wang tunai RM1,500.00 beserta medal diikuti pasukan Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (JPNWPL) B selaku naib johan dan membawa pulang RM1,200 beserta medal. Tempat ketiga bersama menjadi milik pasukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) A dan Perbadanan Labuan C, dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM800.00 beserta medal.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Lidyawati Hamzah, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP). Turut hadir Encik Hassan Jinin, Presiden Persatuan Boling Padang Wilayah Persekutuan Labuan.
