- JBS WP Labuan
- Hits: 22
SESI LIBAT URUS YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN BERSAMA NGO BELIA, SUKAN DAN RAKAN MUDA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
- JBS WP Labuan
- Hits: 22
LABUAN, 27 Februari – Satu sesi libat urus YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan bersama persatuan Belia, Sukan dan Rakan Muda di Wilayah Persekutuan Labuan telah berlangsung petang tadi bertempat di Bilik Seminar, Dewan Serbaguna Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
Seramai 60 orang wakil persatuan Belia, Sukan dan Rakan Muda telah hadir dalam sesi bersama YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan tersebut yang dilaksanakan sebagai medium bertukar pandangan dan engagement platform di antara persatuan Belia, Sukan dan Rakan Muda bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan.
Sesi ini juga memberi ruang kepada persatuan Belia, Sukan dan Rakan Muda di Wilayah Persekutuan Labuan untuk berkongsi aspirasi dan hala tuju Kementerian Belia dan Sukan.
Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Puan Azura Binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Amir Hamzah Bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan dan Puan Hajah Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut menyatakan komitmen KBS untuk menyantuni golongan sasar dan menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi terutama di kawasan pedalaman agar hasrat dan aspirasi Kementerian dapat dicapai.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSWPLabuan
#JBSWPL
#BeliaKitani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
