- JBS WP Labuan
- Hits: 11
KUNJUNG HOTMAT VICTORIA KAYAK CLUB KE JABATAN BELIA DAN SUKAN W.P.LABUAN
- JBS WP Labuan
- Hits: 11
W.P. LABUAN, 3 Februari 2026 – Victoria Kayak Club telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan sebagai langkah memperkenalkan penubuhan kelab baharu tersebut kepada pihak jabatan.
Kunjung hormat berkenaan diketuai oleh Presiden Victoria Kayak Club, Mohd Syahabudin bin Mustafa, dan dihadiri oleh barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) tertinggi kelab.
Pertemuan ini bertujuan memperkenalkan Victoria Kayak Club secara rasmi serta menyatakan visi dan misi utama kelab dalam pembangunan sukan kayak sprint, khususnya di peringkat akar umbi.
Turut hadir dalam kunjung hormat tersebut ialah Pn. Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, En. Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Sukan serta En. Mohd Hilmie bin Unik, Pegawai Rekreasi.
Menurut Mohd Syahabudin, penubuhan Victoria Kayak Club adalah sebagai platform untuk melahirkan lebih ramai atlet kayak sprint berpotensi, di samping memperkukuhkan pembangunan sukan air secara lebih tersusun dan berterusan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Pihak Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan menyambut baik kunjungan tersebut dan menyatakan sokongan terhadap usaha serta inisiatif Victoria Kayak Club dalam memajukan sukan kayak selaras dengan agenda pembangunan sukan.
Kunjung hormat ini diharap dapat membuka ruang kerjasama strategik antara Victoria Kayak Club dan Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan pada masa akan datang.
