- JBS WP Labuan
- Hits: 40
2,000 WARGA LABUAN GEGARKAN 3KM FUN WALK WILAYAHKU SHWP 2026 KARNIVAL HARI TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2026
- JBS WP Labuan
- Hits: 40
LABUAN, 8 Februari 2026 – Seramai 2,000 orang peserta telah menyertai 3KM Fun Walk Wilayahku SHWP 2026 Karnival Hari Terbuka Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pagi ini.
Pelepasan peserta disempurnakan oleh YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama tetamu kehormat pada jam 6.35 pagi. Program yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan dengan kerjama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan bertujuan memeriahkan Karnival Hari Terbuka Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026 di samping mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan warga dan memupuk hubungan yang erat dalam kalangan komuniti.
Turut ditampilkan dalam program tersebut adalah Pemenang Pakaian Kreatif Bertemakan Sayangi Wilayahku kategori lelaki dan wanita yang membawa balik hadiah wang tunai.
