- JBS WP Labuan
- Hits: 35
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB RAKAN MUDA BANDAR LABUAN KALI KE-2
- JBS WP Labuan
- Hits: 35
LABUAN, 21 Februari 2026 - Kelab Rakan Muda Bandar Labuan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2, bertempat di Homestay Labuan, Jalan Tanjung Bendera, WP Labuan.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Puan Tracy Tumay Rigar, Penolong Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan. Turut hadir Encik Mohammad Azuan bin Isack, Pengerusi Kelab Rakan Muda Bandar Labuan, Encik Abdul Mutalib bin Sahari, Pengerusi Tetap Majlis Belia Labuan dan Encik Yusrie bin Mohd Daud, Timbalan Presiden Majlis Belia Labuan merangkap Timbalan Setiausaha Kelab Rakan Muda Bandar Labuan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Rakan Muda Bandar Labuan kerana telah berjaya mempunyai keahlian 100% belia berusia di bawah 30 tahun selain mempunyai lebih kurang 400 orang ahli sukarelawan daripada pelbagai peringkat usia. Kelab ini juga merupakan pertubuhan belia Labuan yang pertama mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun ini.
