MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN 2026M/1447H PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN


LABUAN, 2 Mac 2026 - Bertempat di Bilik Mesyuarat JBS WP Labuan, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026M/1447H telah berlangsung petang tadi bagi membincangkan pelaksanaan program ini yang akan dilaksanakan pada 14 Mac 2026 bertempat di Masjid Al-Ehsan, Kampung Sungai Labu, Wilayah Persekutuan Labuan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan dan turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam W.P. Labuan, Encik Mohd Suhaimi bin Mohd. Yusof. Selain itu, mesyuarat juga turut dihadiri oleh Rakan Pelaksana Strategik yang lain antaranya Jabatan Pendidikan W.P. Labuan, Kolej Matrikulasi Labuan, RELA W.P. Labuan, Ketua Kampung, Kampung Sungai Labu, Mudir-mudir dan wakil-wakil Madrasah Tahfiz, Majlis Belia Labuan dan Kelab Rakan Muda Bandar Labuan.
Antara agenda mesyuarat adalah penyelarasan penyertaan dan pengisian Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan yang akan melibatkan lebih kurang 300 orang penyertaan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSWPLabuan
#JBSWPL
#BeliaKitani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
 
 
 
 
 
 
 

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search