TAYANGAN SKRIN BESAR SEMPENA KELAYAKAN PIALA ASIAN: NEPAL VS MALAYSIA


LABUAN, 18 November 2025 - Bertempat di Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Belia dan Sukan Labuan telah berlangsungnya Tayangan Skrin Besar Sempena Kelayakan Piala Asian, Perlawanan antara Nepal menentang Malaysia.
Seramai lebih kurang 304 orang pengunjung hadir malam tadi bagi menyaksikan dan memberikan tahap sokongan yang padu kepada pasukan Harimau Malaya.
Program turut diisi dengan perlawanan Penalty Shoot Out (5 orang sepasukan) yang dibantu dilaksanakan oleh Encik Mohd. Nazri Sabtu, Pengadil Bola Sepak yang tidak asing lagi di W.P. Labuan. Sebanyak 20 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut.
Selain itu, sesi hadiah cabutan bertuah, hidangan bubur kacang dan air turut diadakan serta disajikan kepada para pengunjung bagi meraikan pengunjung yang hadir malam tadi.
Turut hadir sepanjang program tayangan skrin besar malam tadi, Penolong Pengarah (Sukan), Encik Felix Den Anthony Paru.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search