MAJLIS PENUTUPAN SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF WANITA (SKEW) PERINGKAT W.P.LABUAN 2026


Kundasang, Sabah, 20 April 2026 – Hari terakhir Seminar Kecergasan Eksekutif Wanita (SKEW) diteruskan di Perkasa Hotel Kundasang dengan pengisian slot Pengurusan Stres dan Mental yang memberi penekanan kepada kepentingan kesejahteraan emosi dalam menyokong gaya hidup sihat.
Slot ini telah disampaikan oleh Encik Masri bin Judah yang berkongsi ilmu serta panduan dalam mengurus tekanan dan kesihatan mental secara berkesan.
Program kemudiannya diakhiri dengan Majlis Penutupan yang dirasmikan oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan. Turut hadir, Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan.
Majlis ini menandakan berakhirnya program selama tiga hari dua malam yang sarat dengan ilmu dan pengalaman bermanfaat kepada semua peserta.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#JBSWPLabuan
#jbslabuan
#beliakitani

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search