- JBS WP Labuan
- Hits: 19
KUNJUNG HORMAT AHLI JAWATANKUASA KELAB SENAMROBIK MUTIARA
- JBS WP Labuan
- Hits: 19
LABUAN, 24 April 2026 – Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan bersama Bahagian Pembangunan Sukan menerima kunjung hormat daripada Ahli Jawatankuasa Kelab Senamrobik Mutiara pagi ini.
Kunjungan hormat tersebut antara intipatinya adalah bagi memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa kelab serta memaklumkan kesediaan pihak kelab untuk memberikan kerjasama dalam pelaksanaan sebarang program kecergasan khususnya berkaitan senamrobik di W.P. Labuan.
Delegasi kunjungan hormat diketuai oleh Puan Noryne binti Rozdlan, selaku Pengerusi Kelab Senamrobik Mutiara. Turut hadir ialah Encik Falaq Faizal Lakimon, Presiden Pertubuhan Kecergasan Kebangsaan (NFO), diikuti Nurul Izzah binti Mat Jamil (AJK), Puan Hamidah Nor (AJK) dan Puan Junnatty Johnny selaku Setiausaha kelab.
Selain itu, pihak kelab turut memaklumkan perancangan dan hala tuju dalam usaha membangunkan aktiviti senamrobik di Labuan, termasuk dalam proses penubuhan Persatuan Senamrobik W.P. Labuan sebagai langkah memperkasa dan memperluaskan lagi penglibatan komuniti dalam aktiviti kecergasan.
Kunjungan hormat ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan kerjasama strategik serta membuka lebih banyak peluang penganjuran program kecergasan yang berimpak tinggi kepada masyarakat setempat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#JBSWPLabuan
#jbslabuan
#beliakitani
