- JBS WP Labuan
- Hits: 25
PROGRAM BIGGEST LOSER KBS PERINGKAT WP LABUAN 2026 TELAH BERMULA
- JBS WP Labuan
- Hits: 25
LABUAN, 10 Mei 2026 – Program Pertandingan Biggest Loser KBS Peringkat WP Labuan 2026 anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima penyertaan seramai 210 peserta.
Majlis pelancaran program telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Mahanum binti Fauzi. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan WP Labuan, Herbalife Malaysia, Yakult Malaysia serta Persatuan Wushu WP Labuan.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti kecergasan, pemakanan sihat dan perubahan gaya hidup yang lebih aktif serta positif. Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan berharap program ini dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan kecergasan diri.
