PROGRAM RAKAN BUMI: PROJEK PLANET RAKAN MUDA PERINGKAT W.P. LABUAN 2026


26 April 2026 - MTB Trail, Kg. Pohon Batu, Tuan Haji Rithuan Bin Haji Mohd. Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Labuan telah hadir menyempurnakan Majlis Pelepasan Peserta Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat W.P. Labuan yang disertai oleh lebih 200 orang peserta dan crew pagi tadi. Hadir bersama pada majlis itu Puan Mahanum Binti Fauzi, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan serta Encik Jamil Bin Haji Kario, Pengurus JHK Event yang merupakan antara orang yang bertanggungjawab memulakan pembangunan laluan di MTB Trail bersama beberapa ngo lain sebelum ini.
Melalui program ini, para peserta yang terdiri daripada sukarelawan Rakan Muda dari Kelab Rakan Muda Bandar Labuan, Sekretariat Rakan Muda UMSKAL, Kelab Rakan Muda SSN Mutiara dan individu persendirian telah dibahagikan kepada 10 pasukan bagi menyelesaikan beberapa tugasan disepanjang 6.7km trail berkenaan.
Antara pengisian dan tugasan serta gerak kerja yang dilakukan adalah pembersihan sepanjang kawasan seperti mengutip sampah dan memesin rumput, Baikpulih dan penukaran papan jambatan usang, pemasangan papan tanda kilometer, pemasangan peta laluan disetiap simpang, pemasangan tali bagi beberapa kawasan yang licin dan curam dan memasang arah laluan bagi kemudahan pengemar laluan trail.
Kawasan MTB Trail ini juga merupakan salah satu kawasan Geopark Labuan dan kerja-kerja pemuliharaan dan pembersihan seperti ini menunjukkan sokongan komuniti W.P. Labuan dalam usaha menjaga khazanah alam. Program ini juga dilaksanakan sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia pada 22 April yang lalu.
Pelbagai pihak turut terlibat dalam pelaksanaan program ini antaranya Perbadanan Labuan, Victoria Kayak Club, JHK Event, Pejaur Hantap, Tim Haus, Cyclist Group, Bungkas Artwork, Runsmart, Kelab Mendaki Labuan, Kelab Rakan Muda Bandar Labuan dan SRM UMSKAL.
Semoga usaha ini dapat membantu memelihara keindahan alam dan memberi keselesaan para pengguna trail bagi meneruskan minat untuk beriadah disamping memudahkan penguna mendapatkan info tepat apabila berada disepanjang laluan berkenaan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSWPLabuan
#JBSWPL
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search