MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT WP LABUAN TAHUN 2026 BIL. 2/2026

LABUAN, 13 Mei 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat WP Labuan Tahun 2026 Bil. 2/2026 telah dilaksanakan, bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, merangkap Pengerusi Jawatankuasa APBN Peringkat WP Labuan bagi Tahun 2026.

Turut hadir Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan dan para panel bagi sesi penilaian pada tahun ini iaitu Prof. Ts. Dr. Shamsul Bahari bin Shamsudin, Encik Yahya bin Ahmad Puteh, Encik Hasmizulizam bin Hamidon, Puan Dayangku Rahimah binti Pg. Hassan dan Encik Mohd Dzulfaizal bin Ab. Manan. Keputusan APBN Peringkat WP Labuan Tahun 2026 akan diumumkan pada 13 Jun 2026 dan Majlis Penyampaian APBN juga akan dilaksanakan pada hari tersebut, bersempena dengan Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat WP Labuan Tahun 2026. Johan bagi setiap kategori akan mewakili WP Labuan ke peringkat kebangsaan yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan Jun 2026.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search