SESI PAGI PROGRAM PENGENALAN SUKAN BAHARU FLOORBALL PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TAHUN 2026

LABUAN, 16 Mei - Sesi pagi Program Pengenalan Sukan Baharu Floorball Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2026 di Dewan Sri Labuan, JKR W.P Labuan bermula seawal jam 8.00 pagi dengan sesi taklimat dan pengenalan kepada sukan Floorball.

Taklimat dan sesi disampaikan oleh Dr. Rizal Mohd. Razman yang merupakan Presiden Malaysia Floorball Association (MFA) dan dibantu oleh Cheah Pei Yi, Kapten Pasukan Kebangsaan dan pernah mewakili negara dalam 5 edisi Sukan SEA.

Peserta dalam sesi pagi ini didedahkan dengan kemahiran asas sukan Floorball iaitu kawalan kayu dan bola serta hantaran dan menerima.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search