HARI KESUKARELAWAN BELIA MALAYSIA (HKBM) 2025 DAN MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) 2025 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN


6 Disember 2025, Ujana Kewangan - Telah berlangsungnya Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia dan Majlis Pentauliahan Anugerah Perdana Rakan Muda (Tahap Perak dan Gangsa) Peringkat W.P. Labuan 2025. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Simsudin Bin Sidek, Timbalan Pengerusi, Perbadanan Labuan dan turut hadir bersama En. Samsul Bin Madisin, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan W.P. Labuan, Puan Maslinda Binti Mat Jan, Guru Kelab Rakan Muda, SMK Mutiara dan En. Mohammad Azuan Isack, Timbalan Setiausaha, Majlis Belia Kawasan Labuan mewakili Presiden.
Anugerah ini adalah sabagai batu loncatan kepada semua peserta agar dapat meletakkan empati dan bakat pada tempatnya. Pada setiap tahun penyertaan Rakan Muda dalam ARPRM ini semakin meningkat dan telah menarik minat generasi muda untuk menyertainya. Ini dapat dibuktikan dengan penglibatan seramai 255 orang generasi muda telah menerima anugerah perak dan gangsa hari ini.
Seramai 55 orang telah menerima Anugerah Perak dan 200 orang telah menerima Anugerah Gangsa.
Jabatan ini menyeru kepada para ibu bapa dan guru-guru untuk terus menyokong usaha ini dalam memberi nilai tambah kepada golongan muda untuk sentiasa terlibat dalam kesukarelaan bagi memastikan anak muda kita mempunyai jatidiri yang kuat.
Jabatan ini merakamkan setinggi penghargaan kepada semua agensi dan NGO's yang memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ini dilaksanakan di W.P. Labuan. Antaranya Jabatan Pendidikan W..P. Labuan yang memberi kebenaran dan kerjasama untuk penglibatan sekolah-sekolah menengah di W.P. Labuan, ADTEC W.P. Labuan, Badan Operasi ARPRM KEBAL dan SMK Mutiara, serta Majlis Belia Kawasan Labuan.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search