- JBS WP Labuan
- Hits: 60
LATIHAN PERSEDIAAN CHEERLEADING BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT KEBANGSAAN
- JBS WP Labuan
- Hits: 60
LABUAN, 8 Disember 2025 – Latihan persediaan Pasukan Cheerleading bawah 12 tahun telah diadakan sebagai persiapan menghadapi Pertandingan Cheerleading Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 21 Disember ini di Kuala Lumpur.
Latihan tersebut dikendalikan oleh Jurulatih daripada Cheerleading Association and Register of Malaysia (CHARM) yang berpengalaman dalam pembangunan atlet muda, bagi memastikan para peserta memiliki kemahiran teknikal, disiplin serta tahap kecergasan yang baik sebelum menyertai pertandingan.
Fokus latihan melibatkan pengukuhan asas pergerakan cheerleading, koordinasi pasukan serta penekanan terhadap aspek keselamatan atlet bagi memastikan persembahan yang berkualiti dan selamat semasa pertandingan nanti.
Diharapkan melalui latihan ini, pasukan Cheerleading Bawah 12 Tahun dapat mempamerkan prestasi terbaik seterusnya mengharumkan nama pasukan di peringkat kebangsaan.
#cheerleading
#teamlabuan
#JBSWPLabuan
#TeamKBS
