𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐅𝐗𝐏𝐑𝐄𝐒 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

Labuan, 13 November 2025 – Program AktifXpres Siri 2 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah berjaya dilaksanakan di Dewan Pusat Latihan Teknologi (ADTEC) Kampus Labuan dengan jayanya. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dengan kerjasama Kelab Belia Tanjung Aru
Program ini bertujuan untuk menjadi satu medium bagi mendidik rakyat Malaysia, khususnya golongan wanita berumur antara 18 hingga 30 tahun, agar mengaplikasikan pengetahuan mengenai gaya hidup aktif dan pemakanan sihat dalam kehidupan seharian. Usaha ini diharap dapat membantu peserta mencapai berat badan ideal serta meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang program ini bagi memberi pendedahan dan pengalaman langsung kepada para peserta mengenai kepentingan aktiviti fizikal serta pemilihan makanan yang seimbang.
Majlis penyempurnaan program telah disempurnakan oleh Puan Mahanum Binti Fauzi, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search