- JBS WP Labuan
- Hits: 19
12 ORANG PEGAWAI JBS WP LABUAN TERIMA TAULIAH PROFESIONALISME KERJA BELIA
- JBS WP Labuan
- Hits: 19
SEREMBAN, 12 November 2025 - Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ke-2 Tahun 2025 yang telah berlangsung di Klana Resort Seremban menyaksikan seramai 12 orang pegawai Perkhidmatan Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Tahap 3.
Penganugerahan ini dilaksanakan melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) sebagai usaha memperkukuh profesionalisme dalam kalangan pekerja belia, selain meningkatkan kompetensi serta keupayaan mereka dalam pembangunan belia negara.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang turut menyampaikan sijil tauliah kepada para penerima.
Turut hadir, YBrs. Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Encik Mohd Hazan Dahari, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson serta Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan.
