"TEST ROUTE" HIKING PERDANA MTB PARK


7 Disember 2025 - MTB Park, "Test Route" untuk Hiking Perdana sempena Program Pengalakkan Sukan Untuk Semua Peringkat W.P. Labuan 2025 Program tersebut akan diadakan pada 13 Disember 2025 nanti, Jam 2.00 petang bertempat di MTB Trail.
Sehingga petang ini. seramai 409 orang peserta telah mendaftar dan pendaftaran masih lagi dibuka sehingga hari pelaksanaan nanti.
Memandangkan penyertaan yang ramai, pihak urusetia penyelaras dan beberapa orang sukarelawan mengambil inisiatif untuk mencuba laluan yang akan dilalui oleh para peserta nanti bagi memastikan aspek-aspek keselamatan dipatuhi.
Jabatan ini masih membuka pendaftaran dan menyeru kepada masyarakat W.P. Labuan untuk sama-sama menyertai program ini sebagai salah satu langkah menjaga kesihatan diri.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search