- JBS WP Labuan
- Hits: 25
SELAMAT BERJUANG KONTINJEN WP LABUAN KE KEJOHANAN LIGA SUKAN ORANG KURANG UPAYA (LISOKU) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025
- JBS WP Labuan
- Hits: 25
LABUAN, 18 September 2025 - Seramai 64 orang pegawai, jurulatih dan atlet dari WP Labuan akan menyertai Kejohanan Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LISOKU) Peringkat Kebangsaan 2025 di Seremban, Negeri Sembilan.
Kontinjen WP Labuan akan menyertai acara Futsal (Lelaki dan Wanita), Bola Tampar Duduk (Lelaki dan Wanita) dan Tenpin Bowling (Lelaki dan Wanita).
Acara-acara ini akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Seremban dan Mesa Mall, Nilai.
Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan berkesempatan berjumpa dengan kontinjen di Lapangan Terbang Labuan sebelum keberangkatan ke Kuala Lumpur bagi menitipkan semangat dan pesanan kepada atlet-atlet yang akan berjuang membawa nama WP Labuan.
