MAJLIS PERASMIAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM WEST COAST SABAH KAYAK EXPEDITION 2025

KOTA KINABALU, 16 September 2025 - Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan telah meluangkan masa hadir menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyampaian Sijil bagi Program West Coast Sabah Kayak Expedition 2025 yang dianjurkan oleh Persatuan Kanu Labuan.
Pada majlis itu, Puan Pengarah telah menyampaikan sijil kepada 20 orang peserta XPDC Kayak yang telah menamatkan kayuhan kayak sejauh 165KM yang bermula dari Wilayah Persekutuan Labuan sehingga tamat di Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah yang bermula pada 13 hingga 16 September 2025.
Program ini telah mendapat suntikan bantuan Dana Sukan Komuniti yang diilhamkan oleh Kerajaan Madani sejak 3 tahun lepas.
Beliau juga turut mengingatkan persatuan agar sentiasa menjaga dokumentasi Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) bagi melayakkan persatuan atau kelab mendapat suntikan dana daripada pihak kerajaan dan ia juga merupakan salah satu keutamaan dalam pentadbiran persatuan/kelab dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search