BELIA HARUS PEKA BERKAITAN ANCAMAN SCAMMER & PENGURUSAN KEWANGAN

KOLEJ MATRIKULASI LABUAN, 2 OGOS 2025 - Financial Education Network ( FEN) bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan membantu belia Wilayah Persekutuan Labuan mendalami pengurusan kewangan belia itu sendiri disamping menyampaikan maklumat nasihat dan cara scammers kewangan yang semakin meruncing pada masa kini.
Jabatan Belia dan Sukan W.P.Labuan dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Labuan dan pasukan FEN turun ke Wilayah Persekutuan Labuan untuk menyampaikan maklumat dan nasihat serta berkongsi ilmu kepada 165 peserta yang hadir pada hari ini.
Beberapa agensi dibawah FEN iaitu Persatuan Takaful Malaysia, Financial Planning Association Of Malaysia (FPAM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) dan Bank Negara Malaysia Cawangan Kota Kinabalu turut bersama menjayakan program tersebut.
#FENetwork

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search