- JBS WP Labuan
- Hits: 48
PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-SINGAPURA 2025 (MSYEP25)
- JBS WP Labuan
- Hits: 48
SINGAPURA, 28 Julai 2025 - Program Pertukaran Belia Malaysia-Singapura 2025 (MSYEP25) anjuran bersama Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan National Youth Council (NYC) Singapura telah dilaksanakan bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara belia Malaysia dan negara ASEAN terlibat selain meningkatkan persefahaman serta kerjasama sebagai persediaan untuk menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.
Program ini melibatkan penyertaan seramai 20 orang delegasi dari Malaysia yang diketuai oleh Puan Tracy Tumay Rigar selaku 'National Leader' bagi delegasi Malaysia dan 20 orang delegasi dari Singapura yang diketuai oleh Cik Skanthakumar Thakshayeni selaku 'Head of Department' bagi delegasi Singapura.
Berlandaskan kepada tema 'Maritime Appreciation' dan 'Land and Sea: Shaping a Sustainable Tomorrow', pelbagai aktiviti serta pengisian menarik dan bermanfaat telah dilaksanakan.
Photo credit: UIP JBSN, Media Kreatif UMT, SMYLEP25