WARGA LABUAN MERIAHKAN BORNEO FLORA AEROBICTHON 90 MINUTE CHALLENGE 2025

27 Julai 2025, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan - Borneo Flora Fitness Challenge 2025 petang ini diserikan dengan Borneo Flora Aerobichton 90 Minute Challenge.
400 orang warga Labuan petang ini telah menyertai dan mewarnai acara Aerobichton 90 minute challenge yang dikendalikan oleh Persatuan Sukan Kecergasan W.P. Labuan. Program ini dilaksanakan sebagai tanda sokongan jabatan ini terhadap penganjuran Borneo Flora Festival @Labuan 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Program yang memberikan impak positif terhadap pembangunan ekonomi Labuan ini perlu didokong oleh semua pihak bagi memastikan kerjasama yang lestari dipelbagai peringkat agensi di W.P. Labuan.
Program ini turut dihadiri oleh Puan Hajah Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan dan turut sama beraerobik bersama peserta yang menyertai.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search