- JBS WP Labuan
- Hits: 13
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 (𝐊𝐋𝐀𝐒) 𝐑𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏, 𝐖𝐏 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
- JBS WP Labuan
- Hits: 13
LABUAN, 10 Ogos 2025 - Seramai 80 orang peserta telah menerima sijil selepas menghabiskan 6 sesi pembelajaran Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 1 WP Labuan 2025 yang telah diadakan di Labuan Aquatic Autism Care Centre.
Antara objektif program ini adalah menyediakan medium latihan renang kanak-kanak berumur 6 - 12 tahun daripada kalangan keluarga B40.
Selain itu, ianya juga diharapkan dapat mengurangkan risiko kemalangan dalam air yang saban hari meningkat di Malaysia.
Majlis perasmian penutup dan penyerahan sijil telah disempurnakan oleh Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Belia Dan Sukan WP Labuan. Turut hadir Encik Allen Alex Lalis, Presiden Persatuan Akuatik WP Labuan, Encik Alfhian Jeffri Chin Setiausaha Persatuan Akuatik WP Labuan