- JBS WP Labuan
- Hits: 20
SESI LIBAT URUS PROGRAM ADVOKASI KOD SUKAN SELAMAT PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2025 - SESI II: PERSATUAN/ KELAB SUKAN & BELIA, ATLET-ATLET, AKTIVIS SUKAN
- JBS WP Labuan
- Hits: 20
LABUAN, 5 Ogos 2025 - Pada pukul 7.00 malam, satu lagi sesi Libat Urus Kod Sukan Selamat Peringkat W.P. Labuan telah diadakan di Bilik Seminar Rafflesia, Ujana Kewangan yang melibatkan pemegang taruh sukan, persatuan/kelab sukan dan belia, atlet, aktivis dan penggiat sukan yang sentiasa terlibat dalam penganjuran sukan dan juga dalam membantu pelaksanaan pelbagai acara sukan.
Program ini bertujuan untuk memperkasa peranan pemegang taruh sukan diperingkat akar umbi di seluruh Malaysia sebagai rakan strategik dalam pembangunan sukan negara secara menyeluruh. Selain itu, program ini juga bertujuan melindungi seluruh ekosistem sukan daripada penyalahgunaan dan gangguan yang merosakkan kesihatan mental dan fizikal serta integriti sukan.
Seramai 243 orang peserta yang mewakili badan sukan dan belia serta aktivis dan penggerak sukan telah hadir ke sesi ini.