BELIA LABUAN MENGANGKAT USUL DALAM MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN, SIDANG I, PENGGAL KE-35, SESI 2025-2026

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2025 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Wilayah Persekutuan, Sidang I, Penggal Ke-35, Sesi 2025-2026 yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
telah berlangsung pada 9 Ogos 2025 bertempat di Ballroom 1, Tingkat 13, Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.
Turut hadir YBrs. Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan dan YBrs. Encik Khairul Rizam bin Dato' Abu Samah, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP).
Delegasi belia Labuan yang diketuai oleh Cik Nazera binti Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan telah mengangkat 3 usul dalam persidangan tersebut menerusi saudara Nasrullah Hanudin, saudara Yusrie Mohd Daud dan saudara Irham Zulhilmi bin Mohd Johan, bagi tujuan mencapai solusi yang bersesuaian bersama agensi yang berkaitan demi pembangunan belia khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.
YBrs. Tuan Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan juga hadir selaku agensi kerajaan dan telah memberikan maklum balas bagi beberapa perkara yang berkaitan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSWPL
#beliakitani

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search