SESI LIBAT URUS PROGRAM ADVOKASI KOD SUKAN SELAMAT PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2025 - SESI I: AGENSI KERAJAAN/ SWASTA/ IPTA/ IPTS

LABUAN, 5 Ogos 2025 - Pada pukul 2.00 petang, satu sesi Libat Urus Kod Sukan Selamat Peringkat W.P. Labuan telah diadakan di Bilik Seminar Rafflesia, Ujana Kewangan yang melibatkan Agensi Kerajaan, Swasta, IPTA dan IPTS yang sentiasa terlibat dalam penganjuran sukan dan juga dalam membantu pelaksanaan pelbagai acara sukan.
Program ini bertujuan untuk memperkasa peranan pemegang taruh sukan diperingkat akar umbi di seluruh Malaysia sebagai rakan strategik dalam pembangunan sukan negara secara menyeluruh. Selain itu, program ini juga bertujuan melindungi seluruh ekosistem sukan daripada penyalahgunaan dan gangguan yang merosakkan kesihatan mental dan fizikal serta integriti sukan.
Seramai 127 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, IPTA dan IPTS telah hadir ke sesi ini.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search