PEKAN, 20 Jun – Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Daerah Pekan bagi acara kedua iaitu bola tampar wanita telah diadakan dengan jayanya pada 8 Jun 2024 yang lalu.
Kejohanan ini telah menampilkan dan menyerlahkan bakat wanita bersukan (Women in Sports) sebanyak 13 pasukan dari sekitar daerah Pekan. Penganjuran kali ini telah diadakan di Arena Mahkota, Majlis Perbandaran Pekan. Encik Faizal Bakar, Pembantu Belia dan Sukan selaku penyelaras program mendapat kerjasama yang baik dalam menguruskan kejohanan ini bersama-sama penggiat sukan bola tampar di daerah Pekan. Bagi penentuan saingan akhir di antara pasukan UMPSA VT dan pasukan MIXBELAKO, kemenangan kali ini telah dikuasai oleh pasukan UMPSA VT dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 500.00 berserta medal. Naib Johan MIXBELAKO dan Ketiga UMPSA. Johan dan Naib Johan akan mewakili daerah Pekan ke peringkat negeri Pahang nanti.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan barisan urusetia, petugas dan pengadil perlawanan yang telah memastikan kejayaan program dan menyemarakkan program LSK 2024 (Sesi 2) Sukan Bola Tampar Wanita di daerah Pekan. Terus semarakkan semangat bersukan dalam menghasratkan pembudayaan sukan dalam Malaysia amnya.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#pahang1st
#teamjbspahang
#yakinboleh
Disediakan oleh:-
Nik Zuriani Nik Mohamad Mokhtar
Nik Zuriani Nik Mohamad Mokhtar
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 142
