MARAN, 12 Ogos – Usaha meningkatkan kesiapsiagaan kecemasan di daerah ini terus diperkasakan menerusi aktiviti Pemasangan dan Taklimat Penggunaan _Automated External Defibrillator_ (AED) yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Maran, jam 2.30 petang pada 11 Ogos yang lalu.
Sesi taklimat khas tersebut telah disampaikan oleh Encik Richard Sia Kee Hu, wakil daripada syarikat Hub Sdn. Bhd, yang memberikan pendedahan dan penerangan secara terperinci mengenai fungsi serta tatacara penggunaan AED bagi membendung kes serangan jantung mengejut.
Dalam taklimat tersebut, beliau telah menunjukkan demonstrasi teknikal langkah demi langkah untuk mengendalikan AED dengan selamat dan berkesan semasa situasi kritikal. Selain itu beliau juga menerangkan tentang kemahiran asas _Cardiopulmonary Resuscitation_ (CPR), iaitu memberi panduan amali melakukan CPR dengan teknik yang betul bagi mengekalkan aliran darah dan oksigen mangsa.
Pemasangan AED di Kompleks Rakan Muda Maran ini ditekankan sebagai pelaburan penting dalam memastikan keselamatan pengunjung, sekali gus memperkasakan komuniti setempat dengan kemahiran menyelamatkan nyawa.
"JBS Pahang, Number One"
Disediakan oleh:-
PBSD Maran
- JBS Pahang
- Hits: 8
