KUANTAN, 19 November - Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah menganjurkan Sukan Mingguan Jabatan Pengenalan Asas Sukan Pickleball di Reserve Pickeball Club, Padang Lalang.
Program ini telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Pickleball Negeri Pahang yang telah menurunkan dua orang jurulatih bagi mengendalikan sesi pengenalan sukan baharu ini.
Seramai 25 orang kerja JBS Negeri Pahang telah menjayakan program selama hampir dua jam dengan masing-masing berpeluang mempelajari sukan ini dengan baik.
ROMPIN, 8 Ogos – Sesi Libat Urus Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Kawasan Muadzam Shah telah dilaksanakan di Pejabat Khidmat Masyarakat ADN Muadzam Shah, Isnin lalu.
Tujuan sesi ini diadakan adalah bagi menyampaikan misi, visi dan fungsi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang khususnya PBSD Rompin kepada pemimpin setempat. Dato’ Ir Razali Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap ADN Kawasan Muadzam Shah yangtelah bersama menjayakan sesi ini meluahkan rasa penghargaan atas inisiatif ini dan menerima maklumat-maklumat yang telah disampaikan oleh warga kerja PBSD Rompin dengan baik.
Turut hadir sama adalah Encik Mazhisham Mazlan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Ridan, Encik Zahari Mohamad, Pengerusi JPKK Kota Prima dan Encik Mohd Radzi Abdullah, Pengerusi JPKK Kota Dara. semoga dengan adanya sesi ini, maklumat-maklumat penting yang perlu diketahui pihak ADN berjaya disampaikan dan segala persoalan dapat dijelaskan.
Kerjasama dan hubungan baik antara ADUN dan PBSD Rompin diharapkan akan terus dijaga baik dan bersama-sama menaikkan martabat masyarakat dalam daerah ini khususnya belia Rompin.
PEKAN, 8 Ogos - Majlis Perpisahan Encik Nur Firdaus Mohd Isa, Presiden Revo Futsal Club yang akan bertukar ke Jerantut telah diadakan di Kafe Belibis.
Hadir bersama dalam majlis ini adalah Encik Mohd Shahrizan Robuan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan, Encik Faizal Bakar, Pembantu Belia dan Sukan bersama Encik Noor Azlan Bidi, Setiausaha Kehormat, Persatuan Bola Sepak Daerah Pekan.
Selamat maju jaya dan terima kasih diatas segala usaha menjayakan program-program bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pekan sepanjang berkhidmat di Daerah Pekan.
LIPIS, 6 April - Bagi memastikan kelancaran penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Pahang 2025 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober, satu sesi lawatan tapak serta tangkapan imej telah dilaksanakan bertempat di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis.
Lawatan diketuai oleh Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis bersama Pegawai dari Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang iaitu Puan Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Encik Azian Ali serta Encik Fairul Ahmad Naib Pengerusi Majlis Belia Daerah Lipis.
Pemilihan ini dibuat berdasarkan kepada fasiliti yang lengkap, lokasi yang strategik serta kesesuaian kawasan sekitarnya dalam melaksanakan pelbagai aktiviti sukan dan riadah yang dirancang.
Tinjauan bersama kemudahan dan memberi pandangan bagi memastikan penganjuran kelak berjalan lancar, meriah dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.Selain itu turut dilakukan tangkapan imej menggunakan dron bagi mendapatkan gambaran dengan lebih jelas lokasi program.
Program HSN ini dijangka bakal melibatkan pelbagai pengisian sukan untuk semua lapisan masyarakat dan akan terus menjadi platform menyemarakkan semangat kesukanan.
Majlis Perasmian Fiesta Rakan Muda Negeri Pahang 2025 telah dirasmikan oleh YB Dato’ Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari, Timbalan Pengerusi Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.
Hadir bersama Encik Mu’azamir Haji Jili, wakil Timbalan Ketua Pengarah Rakan Muda JBSN, Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Tuan Haji Ahmad Zamri Md Isa, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, SAC Dato’ Mohammad Noor Yusof Ali, wakil Ketua Polis Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A.Rahman, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pahang, Encik Izad Zainal Muhammad Saffian, Pengurus Perbadanan Stadium Darul Makmur dan Saudara Saharuddin Ahmad, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang.
RAUB, Ogos – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Raub telah mengadakan kunjung hormat ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Falah Batu Talam bagi membincangkan pelaksanaan program Pembangunan Rakan Muda yang bakal dianjurkan dalam masa terdekat.
Delegasi PBSD Raub diketuai oleh Encik Rosshazelan Sulaiman, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub, bersama Encik Shahril Aziz dan Encik ShamsulBahari Abdul Malek, Pembantu Belia dan Sukan. Kehadiran mereka disambut mesra oleh wakil SMA Al Falah Batu Talam iaitu Cikgu Akmal Hadi Hairul Nuar, Guru Penolong Kanan, Ustazah Nur Atira Adua Adenan, Pengerusi Kelab Rakan Muda Al Falah Batu Talam, serta Ustaz Umar Mohd Rofidzan, Bendahari Kelab.
Antara agenda utama yang dibincangkan termasuklah Program Rakan Bumi Lestari Hijau Peringkat Daerah Raub yang dijadualkan berlangsung pada 17 Ogos 2025, di samping perbincangan mengenai pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) serta pengukuhan peranan Kelab Rakan Muda di sekolah tersebut. Encik Rosshazelan Sulaiman menegaskan komitmen PBSD Raub untuk terus memperkukuh kerjasama dengan institusi pendidikan dalam usaha melahirkan belia yang berdaya saing, berpengetahuan serta peka terhadap kelestarian alam sekitar.
Program yang dirancang ini dijangka memberi manfaat besar bukan sahaja kepada pelajar SMA Al Falah Batu Talam, malah kepada komuniti setempat, sekaligus memperkukuhkan usaha pembangunan modal insan di daerah Raub.
BERANANG, 4 Ogos - Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah membuat lawatan kerja ke Horizon Beranang CIRCUIT, Beranang, Selangor.
Lawatan ini di sertai bersama Encik Mohamad Suhaizan Selamat, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan dan Pegawai Pembangunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.
Rombongan telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Horizon Beranang Circuit Encik Mohamad Yusaini Nowawi.
Dalam lawatan ini pihak rombongan telah diberi penerangan berkaitan dengan kemudahan litar lumba, ciri ciri keselamatan litar serta spesifikasi bagi pembinaan llta seumpamanya Horizon Motorsport ditubuhkan pada tahun 2017 sebagai Horizon 250 Motorsport dan secara rasmi didaftarkan pada 8 April 2018. Pada 16 Jun 2022, syarikat ini dinaik taraf kepada Horizon Motorsports Management Sdn Bhd.
Syarikat ini mengendalikan Horizon Beranang Circuit di Selangor, sebuah litar sepanjang 1 kilometer dengan 13 selekoh, dibangunkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang. Litar ini dilengkapi dengan kemudahan seperti sistem pemasaan automatik Mylaps, lampu amaran LED PixelCom, liputan CCTV penuh, ruang penonton, paddock, surau, tandas, dan kafe.
KUANTAN, Ogos - YAB. Menteri Besar Pahang Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail hadir bagi merasmikan Padang Stadium Darul Makmur bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Padang ini telah dinaiktaraf bermula bulan September 2024 dengan peruntukan keseluruhan RM1.6 juta, di mana RM1.1 juta adalah daripada Kerajaan Negeri dan RM500,000 pula daripada Kerajaan Persekutuan.
Padang Stadium Darul Makmur ini diiktiraf sebagai padang rumput semula jadi pertama di Malaysia yang menerima pensijilan rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerusi Program Kualiti FIFA bagi Permukaan Padang Semula Jadi.
Turut hadir, YH Dato’ Sri Nazri Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal; Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Encik Izat Zainal Muhammad Safian, Pengurus Perbadanan Stadium Darul Makmur, dan Tuan Haji Zamri Hassan Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP).
PEKAN, 2 Ogos - Mesyuarat Agung Majlis Belia Daerah (MBD) Pekan Kali Ke-31 Tahun 2024 telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan dengan semangat kemuafakatan yang tinggi daripada Badan Gabungan Majlis Belia Daerah Pekan.
Majlis Perasmian diserikan dengan kehadiran Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang serta Encik Saharudin Ahmad, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang bersama Timbalan Pengarah Belia, Encik Shafrul Haji Kadir dan Encik Mohd Shahrizan Robuan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan.
Mesyuarat Agung kali ini adalah bagi Pengesahan Minit lepas dan membentangkan Laporan Aktiviti, Laporan Kewangan Majlis Belia Daerah Pekan bagi Penggal 2022-2024 dan pemilihan AJK yang baharu bagi penggal 2024-2026.
Kesepakatan dan muafakat belia Pekan dapat disaksikan melalui pemilihan AJK baharu dimana 4 Pencalonan daripada perwakilan Badan Gabungan yang terdiri daripada Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Pekan, Gabungan Pelajar Semenanjung Cawangan Pekan, Pertubuhan MAYC Kawasan Pekan dan Kelab Belia Bell Tamil Kawasan Pekan terus memberikan kepercayaan dan sokongan buat Saudara Wan Ahmad Fakri Wan Abdul Hamid untuk kekal menerajui kepimpinan Majlis Belia Daerah Pekan yang dinobatkan sebagai Pengerusi Majlis Belia Daerah Pekan bagi sesi yang baharu.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada tampok kepimpinan Majlis Belia Daerah Pekan baharu yang telah dilantik. Semoga perlantikan AJK baru ini dapat memperkukuh dan memantapkan lagi barisan kepimpinan dalam Majlis Belia Daerah Pekan dalam merajui pembangunan belia Pekan.