MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH


KUANTAN, 11 Februari – Mesyuarat Penyelarasan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada 10 Februari 2026 dengan penuh rasa syukur dan tawaduk. Mesyuarat ini menghimpunkan Pegawai Belia dan Sukan Daerah serta Pegawai Unit Rakan Muda Daerah bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program berjalan secara tersusun, berimpak serta selaras dengan objektif yang telah ditetapkan. 

Program Rakan Muda Ramadan merupakan salah satu program ikonik Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang yang saban tahun mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia. Program ini diperkenalkan sebagai platform untuk menarik minat belia mengimarahkan bulan Ramadan al-Mubarak melalui pelbagai pengisian aktiviti berbentuk kerohanian, kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah diri. 

Antara pengisian yang dirancang termasuklah aktiviti tadarus al-Quran dan sesi perkongsian ilmu. Pendekatan ini bukan sahaja menyemarakkan semangat Ramadan, malah membentuk belia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Selain itu, program ini turut menjadi medium untuk mengukuhkan jalinan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan belia daripada pelbagai latar belakang.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Nor Hashekin Abdul Aziz, Penolong Pengarah Rakan Muda manakala taklimat program telah disampaikan oleh Encik Wan Mahazani Wan Tahir, Pegawai Pembangunan Kesukarelawanan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda. 

Semoga pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan pada tahun ini berjalan lancar dan memberi impak positif yang berpanjangan kepada pembangunan belia di Negeri Pahang. 

“JBS PAHANG, Number One” 

Disediakan Oleh:-
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search