KUALA LIPIS, 25 November –Kejohanan Memanah 1000 Liga Peringkat Daerah Lipis telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Terbuka Kampung Gua, Kuala Lipis.
Pertandingan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Lipis dengan kerjasama Kelab Memanah Al Sunnah Kg Gua . Kejohanan itu bertujuan mengasah serta mencungkil bakat baru dalam sukan memanah selain menghidupkan sunnah dengan aktiviti memanah.
Selain ianya juga sebagai wadah menerapkan gaya hidup sihat dikalangan peserta.Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori wanita dan lelaki. Lebih menarik kejohanan kali ini turut mengadakan hadiah khas iaitu Busana Tercantik.
Majlis Penyampaian Hadiah khas busana tercantik telah disampaikan oleh Dato’ Abu Jimi Samat Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Pahang (PSTNP), manakala hadiah kejohanan memanah bagi Kategori Wanita disampaikan oleh Encik Nik Khairul Mizan Abdul Hamid mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis.
Bagi Kategori Lelaki siampaikan oleh Encik Luqman Hakim Alias Penolong Pegawai Daerah Lipis Turut hadir Al Fadhil Ustaz Mohd Sahar Idris Pengerusi Kelab Memanah Al-Sunnah Kampung Gua.
Kejohanan ditutup dengan penuh semangat kesukanan dan mendapat sambutan positif daripada para peserta.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.
"JBS Pahang, Number One"
Disediakan Oleh:-
PBSD Lipis
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation
- JBS Pahang
- Hits: 2
