- JBS Pahang
- Hits: 31
RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN 2026M/1447H
- JBS Pahang
- Hits: 31
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi peluang terbaik untuk kita mengimarahkan masjid, memperkukuh ukhuwah dan meningkatkan amalan. Ayuh belia Pahang! Sertai Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026M/1447H, yang akan dilaksanakan di setiap daerah seluruh Negeri Pahang.
Program ini merupakan platform terbaik untuk belia mendekatkan diri dengan masjid melalui pelbagai aktiviti kerohanian, pengisian bermanfaat serta penglibatan komuniti.
- Pelaksanaan mengikut daerah bermula 9 hingga 13 Mac 2026.
- Terbuka kepada belia berumur 13 - 30 tahun.
Mari bersama-sama kita memeriahkan Ramadan dengan pengisian yang memberi makna dan membina jati diri belia yang seimbang dari segi rohani dan sahsiah.
“JBS PAHANG, Number One”
#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang
