SINGGAH SAHUR DUN LUIT ANJURAN MBD MARAN KONGSI REZEKI KEPADA PETUGAS

SINGGAH SAHUR DUN LUIT ANJURAN MBD MARAN KONGSI REZEKI KEPADA PETUGAS

MARAN, 28 Februari - Majlis Belia Daerah Maran (MBD Maran) meneruskan siri jelajah Singgah Sahur bagi kawasan seterusnya iaitu DUN Luit pada 27 Februari semalam.  Antara lokasi yang dilawati termasuk kawasan sekolah antaranya SMK Cedung Jaya, Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, pejabat-pejabat kerajaan serta beberapa kawasan lain yang telah disenaraikan. Turut menerima sumbangan ialah pasukan keselamatan dan petugas barisan hadapan termasuk anggota keselamatan yang sentiasa bersiap siaga demi keselamatan masyarakat.   

Seramai 20 orang ahli jawatankuasa MBD Maran bersama MTSP Maran hadir dengan membawa bungkusan makanan dan minuman untuk diagihkan kepada para petugas sebagai tanda penghargaan dan sokongan moral agar mereka dapat menikmati juadah ketika bersahur. Program ini mencerminkan semangat kesukarelawanan dan keprihatinan golongan belia dalam menyemarakkan Ramadan, di samping memperkukuh hubungan antara komuniti dan agensi perkhidmatan awam.

Belia Maran Prihatin, Masyarakat Terjamin!   

"JBS Pahang, Number One" 

Disediakan oleh :
PBSD Maran

#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search