MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN NEGERI PAHANG 2026   

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN NEGERI PAHANG 2026   

RAUB, 27 Februari – Satu mesyuarat telah diadakan bagi menyelaras pelaksanaan Program Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan Negeri Pahang hari ini di Kompleks Rakan Muda Raub.  

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Tuan Fadzli Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Beliau menekankan kepentingan kerjasama bersepadu antara agensi kerajaan, pemimpin komuniti dan golongan belia dalam menjayakan program ini.  

Hadir sama ialah Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub, wakil agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, Penghulu Mukim Gali II, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Durian Sebatang, Pengerusi Masjid Al-Maaruf, Pengerusi Majlis Belia Daerah Raub, golongan belia serta jawatankuasa pelaksana yang terlibat secara langsung. Kehadiran semua pihak mencerminkan komitmen tinggi dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan tersusun dan berimpak tinggi.  

Program Rakan Muda Ramadan merupakan antara program ikonik anjuran JBS Negeri Pahang yang saban tahun mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia di seluruh Pahang. Program ini berperanan sebagai platform pembangunan belia melalui pengisian aktiviti kerohanian, kesukarelawanan dan pembentukan sahsiah diri sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak.   

Antara pengisian yang dirancang termasuk:
- Pertandingan memasak bubur lambuk
- Tadarus dan khatam al-Quran
- Tazkirah dan pengisian rohani Ramadan
- Pertandingan tilawah al-Quran
- Aktiviti kesukarelawanan dan khidmat komuniti.

Pendekatan holistik ini bukan sahaja mengimarahkan bulan Ramadan, malah membantu membentuk belia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, di samping memperkukuh semangat ukhuwah dan kepimpinan belia sebagai agen perubahan positif dalam masyarakat. Adalah diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, seterusnya memberi impak positif dan berterusan kepada pembangunan belia serta komuniti setempat.   

“JBS PAHANG, Number One”  

Disediakan oleh:
Bahagian Pembangunan Rakan Muda

#TeamKBS #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search