KUANTAN, - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada pihak UCYP yang telah menyampaikan taklimat ‘Center of Digital Excellence Program AI dan Digital bagi Belia Pahang (Techno-Youth) Postgraduate Course.
Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah menerima kunjungan tersebut serta berpeluang membincangkan peluang-peluang kerjasama strategik dalam penganjuran program khasnya.
Kunjungan daripada UCYP telah diketuai oleh Profesor Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain. 🤝
JBS Negeri Pahang merakamkan ucapan terima kasih atas kunjungan UCYP serta kerjasama masa hadapan yang akan direalisasikan.
Disediakan Oleh:-
UcOM JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 22