PERBINCANGAN PROGRAM RMR MARAN SEMARAKKAN UKHUWAH BELIA

PERBINCANGAN PROGRAM RMR MARAN SEMARAKKAN UKHUWAH BELIA


MARAN, 27 Februari – Sempena kedatangan bulan barakah yang penuh kemuliaan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Maran (PBSD) telah mengadakan perbincangan Program Rakan Muda Ramadan (RMR) Peringkat Daerah Maran Tahun 2026 pada hari ini.  

Bertempat di Bilik Akad Nikah, Masjid Asy Syakirin Maran, sesi perbincangan ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan aktiviti utama iaitu Tadarus dan Khatam Al-Quran    serta beberapa aktiviti sampingan yang bakal menyemarakkan lagi pengisian Ramadan dalam kalangan belia.

Antara jabatan dan agensi yang turut menjadi rakan strategik program kali ini ialah Pejabat Agama Islam Daerah Maran, Pejabat Pendidikan Daerah Maran, Majlis Belia Daerah Maran, Kelab Asy Syakirin Maran serta sekolah-sekolah terpilih.  

Program ini menyasarkan penyertaan seramai 150 orang belia yang bakal memenuhi ruang Masjid Asy Syakirin Maran dengan semangat ukhuwah dan kecintaan terhadap bulan Ramadan.   

Semoga Program RMR yang dijadualkan berlangsung pada 11 Mac akan datang berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. PBSD Maran Positif!  
 
"JBS Pahang, Number One" 

Disediakan Oleh:-
PBSD Maran

#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search