- JBS Pahang
- Hits: 29
MISI BAKUL PRIHATIN RAKAN MUDA JBS NEGERI PAHANG
- JBS Pahang
- Hits: 29
KUANTAN, 13 Februari – Misi Bakul Prihatin Rakan Muda anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang merupakan satu simbol keprihatinan dan kebersamaan dalam kalangan keluarga besar JBS Negeri Pahang.
Penyerahan bakul makanan kepada Puan Norsuwilawati Mat Nor, Pegawai Kecergasan Nasional II, Bahagian Pembangunan Sukan telah disampaikan oleh Puan Nor Hashekin Abdul Aziz, Penolong Pengarah Rakan Muda. Inisiatif ini juga mencerminkan semangat kekitaan dan budaya kerja berpasukan yang sentiasa diterapkan dalam organisasi. Selain meringankan beban, program ini turut memperkukuh hubungan silaturahim sesama warga kerja.
Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan semangat kebajikan dan keprihatinan dalam kalangan seluruh warga JBS Negeri Pahang.
“JBS PAHANG, Number One”
Disediakan Oleh:-
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang
