PROGRAM SINGGAH SAHUR BELIA MARAN SANTUNI PETUGAS YANG MASIH BEKERJA

PROGRAM SINGGAH SAHUR BELIA MARAN SANTUNI PETUGAS YANG MASIH BEKERJA

MARAN, 27 Februari – Majlis Belia Daerah Maran (MBD) Maran terus mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Program Singgah Sahur pada 25 Februari yang lalu sebagai kesinambungan siri jelajah Singgah Sahur yang meliputi kawasan DUN dalam daerah Maran.
  
Program ini menyaksikan agihan makanan sahur kepada petugas barisan hadapan yang masih bertugas pada waktu malam termasuk anggota Polis Diraja Malaysia, pengawal keselamatan sekolah serta lain-lain individu yang menjalankan amanah demi memastikan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara.
 
Antara lokasi yang terlibat ialah beberapa buah sekolah rendah dan menengah, balai polis serta kawasan sekitar DUN Kuala Sentul. Inisiatif ini bukan sahaja menyantuni petugas bertugas, malah menjadi tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi mereka sepanjang bulan Ramadan.

Program ini diketuai oleh Dr. Mohamad Haikal Zakaria, Pengerusi Majlis Belia Daerah Maran. MBD Maran turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato' Mukaram Shah Zainuddin, Penyelaras DUN Kuala Sentul atas sumbangan makanan yang diberikan. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Maran (PBSD) berbangga dengan usaha murni yang dilaksanakan dan berharap lebih ramai anak muda tampil menyantuni masyarakat serta mencontohi semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan oleh MBD Maran.  
 
Belia Maran Prihatin, Masyarakat Terjamin!   

"JBS Pahang, Number One" 

Disediakan oleh :
PBSD Maran

#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search