PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN DAERAH BENTONG 2026/1447H

PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN DAERAH BENTONG 2026/1447H


BENTONG, 27 Februari – Satu sesi perbincangan telah diadakan antara Encik Mohd Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong bersama Encik Sabaruddin, Pengetua SMK Felda Lurah Bilut pada 24 Februari lalu di sekolah berkenaan bagi membincangkan pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Bentong Tahun 2026/1447H.  

Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Encik Ali, wakil Masjid Al Falahi Felda Lurah Bilut serta Encik Mohammad Izzuddin Hamzah, Pengerusi Majlis Belia Daerah Bentong. Perbincangan ini bertujuan untuk menetapkan tarikh dan masa pelaksanaan program, kaedah pelaksanaan, penyelarasan gerak kerja jawatankuasa serta perincian pengisian aktiviti sepanjang program berlangsung bagi mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat.  

Kerjasama strategik antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong, pihak sekolah, institusi masjid serta badan belia daerah ini diharap dapat memperkukuh jaringan komuniti dan memastikan kelancaran penganjuran Program Rakan Muda Ramadan di peringkat daerah.  

"JBS PAHANG, Number One" 

Disediakan Oleh:-
PBSD Bentong

#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search