IFTAR UKHWAH MADANI ERATKAN SILATURRAHIM BELIA PAHANG

IFTAR UKHWAH MADANI ERATKAN SILATURRAHIM BELIA PAHANG


ROMPIN, 27 Februari - Program Iftar Ukhwah Madani anjuran bersama Akademi Kenegaraan Negeri Pahang dan Persatuan Kelab-kelab Belia (MAYC) Malaysia Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Belia Daerah (MBD) Rompin telah berlangsung meriah di Dewan Milenium Lestari (DML), Uniten Muadzam Shah.  

Encik Khairunnaim Muslimin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin hadir mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang dalam majlis yang bertujuan memperkukuh ukhwah serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan belia dan masyarakat setempat. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ir Razali Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang.  

Suasana penuh muhibah dan semangat kekeluargaan jelas terpancar sepanjang majlis, menjadikan Iftar Ukhwah Madani sebagai satu lagi bukti komitmen bersama dalam membina masyarakat yang harmoni dan berdaya maju.  

"JBS PAHANG, Number One" 

Disediakan Oleh:-
PBSD Rompin

#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search